LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) membelanjakan hampir 162 juta paun Sterling (RM911 juta) bagi urusan pemakaman Ratu Elizabeth II selain acara-acara lain sepanjang tempoh berkabung selama 10 hari, kata Kementerian Kewangan negara itu.
Pemakaman negara pada 19 September 2022 itu berlangsung 11 hari selepas kematian baginda.
Semasa tempoh berkabung nasional itu, ratusan ribu orang melawat Westminster Abbey, tempat jasad baginda ditempatkan.
Menurut laporan portal BBC News, daripada jumlah tersebut, dua kementerian iaitu Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Kebudayaan, Media dan Sukan menanggung kos yang tinggi.
Kos yang ditanggung kedua-dua kementerian itu masing-masing ialah sebanyak 74 juta 162 juta paun Sterling (RM416 juta) dan 57 juta 162 juta paun Sterling (RM320.8 juta).
Kesemua kos yang ditanggung oleh jabatan-jabatan kerajaan berkaitan dengan pemakaman mendiang Ratu Elizabeth II serta acara-acara lain sebelumnya termasuk sepanjang jasad baginda ditempatkan di St Giles Cathedral Edinburg bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, John Glen, keutamaan kerajaan pada masa itu adalah untuk memastikan "acara-acara berkenaan berjalan lancar dan dengan penuh penghormatan, selain memastikan tahap keselamatan orang awam" pada sepanjang masa terpelihara.
Dalam kenyataan menteri secara bertulis yang disampaikan kepada Parlimen, Glen berkata, Perbendaharaan UK turut menyediakan pembiayaan tambahan pada saat-saat diperlukan selain telah menjelaskan “sepenuhnya” perbelanjaan yang telah dikeluarkan terlebih dahulu oleh kerajaan Scotland, Wales dan Ireland Utara.
Anggaran kos pemakaman Ratu Elizabeth II menerusi kementerian dan jabatan kerajaan adalah seperti berikut:
* Jabatan Kebudayaan, Media dan Sukan - 57.42 juta 162 juta paun Sterling
* Jabatan Pengangkutan - 2.565 juta 162 juta paun Sterling
* Jabatan Luar Negeri, Komanwel dan Pembangunan - 2.096 juta 162 juta paun Sterling
* Kementerian Dalam Negeri - 73.68 juta 162 juta paun Sterling
* Kementerian Pertahanan - 2.890 juta 162 juta paun Sterling
* Pejabat Ireland Utara - 2.134 juta 162 juta paun Sterling
* Kerajaan Scotland - 18.756 juta 162 juta paun Sterling
* Kerajaan Wales - 2.202 juta 162 juta paun Sterling
Jumlah keseluruhan: 161.743 juta paun Sterling
Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022, kerajaan UK mengumumkan tempoh berkabung nasional adalah selama 10 hari.
Baginda mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral, Scotland.
Jasa mendiang Ratu Elizabeth II disemayamkan di St Giles Cathedral Edinburg selama 24 jam, sebelum dibawa ke Westminster Abbey di London di mana beribu-ribu orang beratur berjam-jam untuk memberi penghormatan.
Orang ramai berbaris di London pada setiap waktu sepanjang hari, termasuk ketika suhu sejuk, untuk memberi penghormatan - pemain bola sepak England, David Beckham antara yang tidak terkecuali.
Skala pemakaman negara dan tempoh berkabung disifatkan polis sebagai "berkemungkinan operasi terbesar yang pernah dilakukan di UK" pada masa itu.
Pemimpin-pemimpin dari seluruh dunia dan kerabat diraja asing menyertai keluarga diraja England itu bagi pemakaman negara di Westminster Abbey.
Acara pemakaman diraja itu turut ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.
Ia merupakan pemakaman negara pertama sejak pemakaman Sir Winston Churchill pada tahun 1965 dan merupakan acara penghormatan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.
Agensi
Fri May 19 2023
Kerajaan United Kingdom membelanjakan hampir 162 juta 162 juta paun Sterling (RM911 juta) bagi urusan pemakaman Ratu Elizabeth II selain acara-acara lain sepanjang tempoh berkabung selama 10 hari.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
Pantau Belanjawan 2023: Menjamin kelestarian bandar, dan keselamatan orang ramai
Secara umumnya, statistik kes pokok tumbang menunjukkan peningkatan di seluruh negara. Pada 2021, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaporkan 3,081 kes dan meningkat kepada 3,358 kejadian pada tahun berikutnya. Bagi tahun 2023 pula, sebanyak 499 kes dilaporkan hanya dalam tempoh Januari hingga Februari.
Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.
AWANI Ringkas: Mohon dibicarakan kes bunuh | Lambakan graduan kejuruteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Pasukan Manchester United paling teruk saya pernah lihat'
Alan Shearer berpendapat pasukan Manchester United ketika ini adalah pasukan paling teruk pernah dilihatnya.
14 maut, 70 cedera akibat papan iklan runtuh di India
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan lebih 70 lagi cedera selepas papan iklan tumbang semasa ribut kuat di ibu negara kewangan India, Mumbai pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya.
Menurut pihak berkuasa, sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya.
[TERKINI] Monsun Barat Daya mula 17 Mei hingga September, taburan hujan lebih rendah
Jabatan Meteorologi Malaysia maklumkan Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei ini dan berterusan hingga September depan.
Tidak seharusnya timbul isu birokrasi
Isu birokrasi seharusnya tidak harus timbul termasuk kerjasama semua Kementerian dan agensi Kerajaan untuk berganding bahu dalam membangunkan sektor penternakan.
Keterlibatan belia dalam isu sosial, politik sumbangan kepada nasionalisme
Salah satu cara utama belia menyumbang kepada nasionalisme adalah melalui penglibatan aktif mereka dalam isu sosial dan politik.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Piala Belia, ambil tindakan tegas
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan pemain pada Perlawanan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka Ahad lepas.
Kos pemakaman Ratu Elizabeth II cecah RM911 juta
Keutamaan kerajaan UK ialah memastikan "acara-acara berkenaan berjalan lancar dan dengan penuh penghormatan."
Agong, Permaisuri selamat tiba dari UK
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan anakanda baginda tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 11.30 pagi tadi.
Perjalanan terakhir Ratu Elizabeth II
Perarakan pemakaman Ratu Elizabeth II yang bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi Isnin (waktu tempatan) berjalan dengan penuh adat istiadat.
Putera Harry tampil berseragam tentera beri penghormatan
Kedua-dua putera raja itu berpakaian seragam tentera dan berdiri berdekatan keranda mendiang Ratu Elizabeth II selama 15 minit.
Raja Charles 'dicemuh' ketika berjabat tangan dengan orang awam
Segelintir individu untuk 'meluahkan perasaan' terhadap peningkatan kos sara hidup di Britain.
Ratu Elizabeth II mangkat: N. Sembilan kibar bendera separuh tiang Isnin ini
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan supaya bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada Isnin ini.